Monthly Archives: September 2017

12 Tips Mencari Homestay Untuk Bercuti Bersama Keluarga. Tips nombor #8 yang paling kita perlu ketahui !!!

Nak bercuti  ? Ya, negara kita memang terkenal dengan tempat percutian dan menawarkan banyak penginapan homestay. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk anda memilih homestay. Supaya anda dapat pastikan pilihan yang tepat dengan harga yang berpatutan.

1. Kenal pasti tujuan percutian dan cari homestay di lokasi yang berdekatan.

Apabila anda ingin mencari dan menempah homestay, tentunya anda sudah pun mempunyai tujuan utama untuk ke mana-mana destinasi. Jadi, tujuan utama anda itu secara tidak langsung akan menentukan kawasan atau daerah homestay yang akan anda cari dan tempah.

Namun, anda jangan terlalu terikat pada satu-satu kawasan sahaja kerana kadang-kadang homestay yang di luar kawasan itu (berhampiran dengan kawasan yang anda cari) mungkin lebih berbaloi berbanding homestay yang berada betul-betul di dalam kawasan tersebut.

Jika anda ingin pergi ke satu tempat atas urusan kerja atau rasmi. Anda haruslah memilih homestay yang tidak jauh dari tempat kerja anda. Paling elok adalah 10 minit dan paling lama pun 30 minit.

Jangan nanti anda rugi minyak kereta. Bila menginap di homestay yang jauh dari tempat kerja. Bukan hanya minyak, rugi masa dan tenaga juga.

 

2. Kenal pasti jumlah bilangan ahli keluarga atau rombongan.

Sebelum anda mencari homestay, anda perlu mendapatkan anggaran berapakah bilangan orang yang akan turut serta dalam percutian anda itu. Jika anda telah mendapat jumlah yang betul-betul confirm, itu adalah lebih baik.

Ini kerana jumlah bilangan orang yang akan turut serta, akan menentukan kapasiti bagi homestay yang ingin anda cari dan tempah. Terdapat perbezaan kapasiti bagi sesebuah homestay, bergantung kepada jenis rumah (rumah kampung, apartmen, Semi D, Teres atau Banglo) dan reka bentuk.

Kita kena pastikan agar semua ahli keluarga dan rombongan mendapat tempat penginapan yang selesa dan jumlah katil yang cukup untuk semua orang. Lagipun masing-masing turut berkongsi bayaran.

3. Tetapkan budget anda.

Yang pasti, jumlah budget anda akan menentukan kualiti dan kemudahan yang disediakan oleh sesebuah homestay. Kebiasaannya,homestay yang mempunyai aircond adalah lebih mahal berbanding dengan homestay yang hanya menyediakan kipas. Homestay yang beroperasi di rumah kayu juga, biasanya adalah lebih murah berbanding dengan rumah batu.

4. Survey atau ‘google search’ homestay yang wujud di kawasan yang anda cari.

Anda perlulah survey terlebih dahulu homestay yang wujud dalam kawasan yang anda cari, contohnya Negeri Sembilan. Ini memberikan anda peluang untuk mendapatkan promosi yang berbaloi. Cara yang paling mudah untuk survey adalah dengan menggunakan ‘Google Search’ dan contoh kata kunci ‘homestay melaka murah’.

Google bukan sahaja akan menyenaraikan laman web, blog atau facebook bagi homestay yang wujud, tetapi juga laman web-laman web yang menyediakan senarai homestay yang wujud di Negeri Sembilan. Selain itu, anda juga boleh luaskan pilihan anda dengan survey homestay yang wujud di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya.

5. Gunakan ‘google maps’ untuk menganggarkan jarak antara lokasi.

Untuk mengetahui secara tepat jarak antara homestay yang akan menjadi pilihan anda dengan lokasi bagi destinasi utama percutian anda, anda boleh menggunakan ‘Google Maps”.

Dengan ini, anda akan mendapat gambaran jarak yang akan anda lalui dan anggaran masa yang diperlukan bagi membuat perancangan mengikut jadual anda.

Contohnya anda boleh lihat contoh maps bagi Homestay Melaka Pokok Mangga disini

6. Sediakan senarai homestay mengikut keutamaan anda.

Setelah membuat survey homestay yang wujud, anda perlu sediakan senarai homestay berserta dengan no. telefon yang perlu dihubungi(jika anda ingin berurusan terus dengan pemilik homestay). Senarai ini perlulah mengandungi sekurang-kurangnya 10 homestay.

Senarai homestay tersebut perlulah disusun mengikut ‘priority’ berdasarkan kelebihan dan kekurangan sesebuah homestay. Kenapa perlu ada sampai 10 homestay? Ini kerana jika homestay yang berada pilihan utama telah dibooking orang lain, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk memulakan semula proses survey. Hanya terus beralih untuk senarai yang kedua dan begitulah seterusnya.

Harus diingat bahawa anda adalah orang yang cukup bertuah jika mendapat homestay yang berada di pilihan utama. Apatah lagi jika anda ingin booking homestay tersebut dalam tempoh yang singkat dari tarikh percutian anda.

7. Hubungi pemilik homestay.

Andaikan anda telah mempunyai senarai homestay di tangan. Perkara yang terakhir adalah menghubungi terus pemilik homestay. Anda boleh memilih cara sama ada untuk menelefon, menggunakan whatsapp atau sms sahaja bergantung kepada keselesaan anda.

Perkara yang utama untuk ditanya adalah adakah tarikh yang anda inginkan masih kosong atau telah ditempah. Jika masih kosong, seterusnya anda boleh bertanyakan tentang harga. Ini kerana terdapat homestay yang menawarkan harga yang berbeza bergantung kepada jenis dan jumlah hari serta musim sama ada cuti sekolah atau cuti umum.

Akhir sekali, anda perlu tahu syarat-syarat untuk membuat booking. Semuanya berbeza bergantung kepada homestay tersebut. Ada sesetengah homestay yang memerlukan pelanggan untuk bank in deposit sebagai pengesahan untuk confirm booking, dan ada yang tidak perlu.

Selain itu, ada juga homestay yang memerlukan pelanggan untuk menambah deposit untuk security deposit yang mana duit ini akan dipulangkan jika tiada kerosakan atau kehilangan barang apabila

 

8. Pastikan Cadar, Sarung Bantal dan selimut digunakan ditukar

Ini tips yang paling penting, kadang-kadang ada pemilik homestay yang nak kerja senang tidak menukar cadar dan selimut atau toto. Pastikan sarung bantal, cadar dan selimut yang dibekalkan bersih dan dibasuh.

Oleh kerana kos untuk mencuci atau menhantar dobi agak tinggi, anda kena perhatikan harga-harga homestay yang terlalu murah ini adakah sarung bantal, cadar, selimut dan toto yang dibekalkan telah dicuci.

Kalau tidak, alamat gatal-gatal dan miang badan anda sebab  sarung bantal, cadar, selimut dan toto telah digunakan oleh pengunjung-pengunjung sebelum anda.

9. Peralatan dan Perabut yang Cukup dan Berfungsi

Jika ingin menginap di Homestay. Pilihlah yang sesuai dengan jumlah bilangan kawan atau keluarga anda. Biar cukup katil. Biar ada bantal.

Andai anda kurang bajet. Carilah Homestay yang menyediakan bantal tambahan. Tilam tambahan. Atau toto tambahan. Tak ada semua tu tikar pun dah cukup. Kadang Atas sofa pun boleh tidur juga.
.

10. Peralatan elektrik dan peralatan memasak

Kepada sesiapa yang ingin melancong dan juga jimat belanja. Anda patut menginap di homestay.

Tipsnya adalah; cari homestay yang membenarkan anda memasak.. Tapi, kalau benarkan saja. Tak memadai. Anda kenalah cari Homestay yang ada peralatan nak memasak tu. Jangan pula, pisau nak potong bawang pun tak ada.

Tips lagi; carilah homestay yang ada peti ais, rice cooker, water heater dan sebagainya. Senangkan?

Kalau anda bercuti dan menginap di homestay, terus bajet dan kira duit. Beli lauk basah dan simpan dalam peti. Sekali beli terus sampai anda check out nanti. Jimat belanja. Jimat masa.
.

11. Orang perempuan suka ni, seterika atau iron!

Kalau anda seorang perempuan atau anda akan bawa wanita untuk menginap bersama anda di homestay. Pastikan Homestay tersebut ada seterika atau iron. Senang nanti nak gosok tudung, baju dan skirt.

Eh.

Jangan lupa! Iron board kena ada. Kalau tak nak gosok atas apa?
.

12. Homestay kena ada mesin basuh atau washing machine

Kalau anda bercuti atau rancang untuk menginap di Homestay selama beberapa hari. Untuk jimat masa, jimat tenaga, jimat duit sila cari homestay yang ada mesin basuh. Kalau boleh yang automatik sepenuhnya (automatic washing machine). Senang kerja nanti. Masuk tekan-tekan. Siap!

Bawa baju sikit sudah!
Ringankan kereta. Tak berat tangan nak bawa. Heret sana. Heret sini.

Ops!

Jangan lupa. Cari Homestay yang ada ampaian. Kalau tak, dah siap basuh nanti, nak jemur kat mana?

 

Oleh yang demikian, jika anda ingin berkunjung ke Melaka, boleh lah meninjau senarai Homestay Melaka kami disini. Atau dilaman facebook kami disini.

 

 

Sungai Melaka River Cruise

16 CARA MENIKMATI PENGALAMAN HEBAT MENYUSURI SUNGAI MELAKA

Sungai Melaka River CruiseAnda merancang untuk bercuti di Melaka tapi tidak cukup masa untuk melawat kesemua tempat? Atau anda datang atas urusan business  tetapi ingin mengambil kesempatan untuk ’ambil angin’ sebentar sebelum pulang? Tak apa, jangan risau sebab kali ini kami ingin kongsikan kepada anda aktiviti-aktiviti dan port melancong untuk tempoh yang singkat je di Melaka . Kami syorkan anda untuk mencuba menyusuri Sungai Melaka atauMelaka River Cruise. Apa yang menariknya river cruise Sungai Melaka ni ye?

 

Pengalaman Menyusuri Sungai Melaka

Sungai Melaka kini telah pun berjaya dinaiktaraf oleh Kerajaan Negeri Melaka menjadi produk pelancongan utama di Malaysia dengan kualiti air yang semakin bertambah bersih yang mana kalau diimbau pada masa lepas, sungai ni tersangatlah kotor dan tercemar teruk dengan sampah sarap dan air yang berbau busuk, kotor dan berlumpur. Pada zaman kegemilangan Empayar Melaka, peranannya sangat penting untuk perkembangan perdagangan antarabangsa dan menjadi pusat pertemuan para pedagang yang datang dari timur dan barat sekitar kurun ke 16.

venice of the east mallacca

Turut dikenali sebagai ’Venice of the East’, Sungai Melaka sentiasa menjadi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa untuk menyusuri dan melihat kesan-kesan sejarah melalui kepelbagaian senibina dan rekabentuk bangunan serta pengaruh budaya daripada aktiviti perdagangan antara timur dan barat yang boleh dilihat dan diamati disepanjang tebingnya yang sempit. Ada begitu banyak bangunan-bangunan bersejarah dan monumen termasuklah masjid-masjid lama, kuil, gereja, tokong, jambatan-jambatan yang unik dan menarik, waterfront yang dibina khas beserta laluan pejalan kaki dilengkapi taman-taman bunga, musical fountain, gudang-gudang lama, rumah puak dan juga perkampungan tradisional yang telah didirikan di sepanjang tebing sungai sejak sekian lama.

Sungai Melaka kini telah menjadi produk pelancongan yang wajib dilawati dimana para pelancong boleh mendapatkan gambaran sejarah kegemilangan Empayar Melaka masa lalu dengan menaiki bot cruise. Pelancong boleh memilih antara dua jenis guided cruise samada dari Jeti Muara Sungai Melaka atau Taman Rempah untuk mengembara sekitar 45 minit. Anda juga boleh memilih untuk mengambil bot cruisesamada pada hari siang ataupun pada waktu malam yang mana pengalaman dan susananya pasti berbeza.

Terdapat pelbagai aktiviti dan tempat-tempat menarik di sepanjang Sungai Melaka yang anda boleh lihat dan singgah bagi mengisi masa percutian di Melaka antaranya ialah.

 

  1. Restoran Melayu Melaka

 Restoren Melayu Melaka

Restoran Melayu Melaka menjanjikan satu pengalaman makan yang indah dan santai serta menawarkn sesuatu yang berbeza kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa. Ia menghidangkan lebih 100 juadah aneka masakan Melayu secara buffet dan ala carte  setiap hari yang mampu membuka selera. Pengunjung yang ingin menikmati keindahan Sungai Melaka pasti tidak ketinggalan untuk berkunjung ke restoran ini di sebelah malam yang ternyata memberi pengalaman yang lebih tenang dan menyeronokkan.

 

  1. Kampung Morten

melaka-malacca-kampung-morten-01

Merupakan kampung Melayu tradisional, kampung ini adalah tarikan yang mesti dapat dilihat semasa dalam perjalanan menyusuri Sungai Melaka dengan bot cruise. Dikenali juga sebagai living museum atau muzium hidup yang mempamerkan warisan dan kebudayaan orang-orang Melayu yang usianya menjangkau lebih daripada 100 tahun dengan senibina rumah-rumah Melaka asli dengan tangga batu berhias jubin berwarna-warna yang diimport, ukiran kayu dan serambi panjang. Ada beberapa muzium persendirian dimana para pengunjung boleh masuk untuk mendapatkan informasi tentang budaya Melayu termasuklah pakaian tradisi dan kraftangan.

Villa-Sentosa Kampung Morten

Salah satunya ialah Villa Sentosa. Guided tour oleh penghuni rumah akan diberi untuk menjelaskan sejarah artifak-artifak lama dan berharga termasuklah sijil asli yang diberi oleh King Geroge ke-5 untuk pemilik rumah generasi terdahulu, seramik-seramik lama dan senaskhah al-Quran tua yang berusia lebih 100 tahun! Perkampungan dengan rumah-rumah tradisional yang wujud sejak tahun 1920 ini diasaskan oleh Datuk Haji Hashim dan dua orang sahabatnya pada tahun 1923 sempena nama Pesuruhjaya Tanah dan Hasil, MJ Morten. Ia didirikan di tebing sungai dan dengan mudah dapat dilihat para pelancong  yang menyusuri Sungai Melaka.

 

  1. Melaka Pirate Park Dan Eye Of Melaka

pirate park sungai melaka

Anda boleh juga menikmati pengalaman menjadi lanun di Melaka Pirate Park yang menawarkan banyak aktiviti menarik bertemakan lanun termasuklah menyeberangi Sungai Melaka dengan flying fox, menaiki Ferris wheel Eye of Melaka, menjelajah Pirate Haunted Castle, melompat dengan style menggunakan bungee trampoline, mencuba aktiviti rock climbing, menunggang mad bull dan meneroka pirate ship. Kalau anda bernasib baik, anda mungkin akan dapat dihiburkan dengan hiburan dan pertunjukan menarik seperti magic show, clown show, fire show, live band dan tarian shuffle.

 

  1. Membeli Belah, Berhibur Dan Kembara Di The Shore Shopping Gallery

The Shore Melaka Swiss garden

Terletak bertentangan dengan Melaka Pirate Park, The Shore Shopping Gallery menawarkan pengalaman beli belah yang menyeronokkan beserta aktiviti-aktiviti menarik untuk keluarga. Dikenali sebagai shopping mall yang memfokus pada stylish lifestyle-tourism dengan senibina moden dan elegan, landskap menarik disertai servis terbaik, menjadikannya syurga beli-belah kepada pengunjung dan pelancong dengan pelbagai pilihan restoran, butik-butik dan kedai-kedai untuk kepuasan para pelanggan.  Bangunannya juga terdiri daripada Hotel Swiss Garden International yang bertaraf 4 bintang dengan kompleks The Shore Oceanarium , aquarium terbesar yang terkini di Malaysia yang memberi pengalaman menyeronokkan untuk business travellers dan shopping travellers.

 

  1. Meneroka Alam Hidupan Laut Di The Shore Oceanarium

the-shore-oceanarium-melaka--1024x682

The Shore Oceanarium yang terletak di aras 2, menawarkan kembara interaktif untuk anda pelajari kepelbagaian kehidupan yang terdapat di darat dan laut, ekosistem dan memberi peluang kepada anda untuk lihat kehidupan darat dan laut dengan lebih dekat. Ia merupakan spot yang perlu dilawati dalam itinerary kalau anda sedang mengembara singkat ke Melaka. Beberapa jam yang dihabiskan di sini akan meningkatkan ilmu sambil berseronok! Mengembara ke zon interaktif ini, anda boleh timba pengalaman ‘Magical Vacuum Aquarium’ pertama di Malaysia dan Aquarium pertama di Malaysia yang mempelopori pengalaman 3D semasa lawatan anda. Menggunakan cermin mata 3D, anda boleh mendapat pandangan lebih realistik dalam persekitaran dan spesis yang berbeza termasuklah pokok-pokok bakau di Sungai Melaka, Hutan Hujan Pahang dan Sungai Perak, batu fosil dan beberapa spesis ikan hampir pupus dalam paparan cahaya 3D board display dan juga berpeluang menonton filem 3D menarik bertajuk ‘A Turtle’s Adventure’ yang membawa anda mengembara melihat kehidupan mencabar penyu-penyu di lautan.

 

  1. Langit Tanpa Sempadan Di The Shore Sky Tower

the shore sky tower

The Shore Sky Tower menawarkan pengalaman menawan bagi tetamu hotel dan pengunjung untuk melihat panorama keseluruhan Bandaraya Melaka. Dengan ketinggian 43 tingkat, ia merupakan struktur binaan tertinggi di Melaka. Anda boleh berjalan sekitar bumbung. Pagarnya sengaja dibuat daripada gelas lutsinar bagi membolehkan anda melihat melaluinya dengan jelas. Teleskop disediakan kepada anda untuk pengalaman yang lebih thrill dan mengujakan. Kini, Sky Tower merupakan produk pelancongan moden yang menyeronokkan dan menakjubkan. Anda pasti teruja dengan apa yang anda lihat dan rasai semasa berada di atas bumbung!

 

  1. Menikmati Hidangan Ala Barat Di The Sky Deli Restaurant

Sky-Deli The Shore Resturants

Keseronokan melihat panorama udara tidak berakhir di sini. Anda boleh juga merasai pengalaman makan secara moden dalam keadaan relax dan suasana terbuka dengan sajian makanan berinspirasikan citarasa tempatan dan western secara a la carte di aras 42, The Sky Deli Restaurant. Menggabungkan antara pengalaman makan sambil menikmati pemandangan, The Sky Deli merupakan spot lepak terbaik dengan keindahan panorama 360 darjah Bandaraya Melaka. Menariknya!

 

  1. Aktiviti Seni Di Panggung Bangsawan Melaka

 

Panggung Bangsawan Melaka yang dinaiktaraf dari sebuah panggung Cathay Lama kini menjadi pusat kegiatan seni persembahan, muzikal, konsert, teater dan sebagainya sejak Oktober 2015. Panggung ini kini telah dilengkapi dengan landskap indah dan rekabentuk luaran yang serba moden dan menarik, penghawa dingin, system audio dan pencahayaan berteknologi tinggi dan boleh menampung seramai 400 orang penonton dalam satu-satu masa.

 

  1. Menyelusuri Ekosistem Paya Bakau

 paya bakau sungai melaka

Terdapat hutan paya bakau yang subur dan menjadi habitat semulajadi haiwan disitu seperti biawak dan burung migrasi yang sesekali singgah bertenggek di pohon-pohon bakau. Kawasan paya bakau ini dipelihara bagi menghalang hakisan tebing sungai.

 

 

  1. Meneroka Street / Wall Art Di Sepanjang Sungai Melaka

 wall art sungai melaka wall art sungai melaka

Semasa menaiki river cruise, para pelancong akan dapat melihat pelbagai lukisan di dinding-dinding bangunan yang terletak di tebing Sungai Melaka. Terdapat juga pengkisahan sejarah Melaka di sepanjang dinding tersebut.

 

 

  1. Jambatan Penghubung Laluan
jambatan kampung jawa singau melaka

Jambatan Kampung Jawa

 Semasa menyusuri Sungai Melaka, bot akan melalui dibawah beberapa buah jambatan yang menyeberangi Sungai Melaka. Antara jambatan tersebut adalah Jambatan Kampung Morten, Jambatan Datuk Mohd Zin, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Seng dan Jambatan Tan Kim Seng. Jambatan-jambatan ini menawarkan pemandangan mengagumkan dengan seni bina unik bila dipandang dari sudut yang berbeza.

 

  1. Hotel Dan Lepak Di Kafe Di Waktu Petang

 Dutch Harbour Cafe

Terdapat pelbagai hotel termasuk hotel butik, hotel bajet dan rumah tumpangan Airbnb boleh dilihat sepanjang menyusuri Sungai Melaka. Yang menariknya, bahagian belakang hotel yang menghadap Sungai Melaka disediakan kerusi dan meja untuk para tetamunya beristirehat. Terlihat juga barisan kedai kopi dan kafe yang dipenuhi dengan pelancong yang ingin menikmati suasana petang sambil melihat bot-bot river cruise yang lalu lalang di sepanjang laluan.

 

  1. Kincir Air Kesultanan  Melaka

 Kincir Air Kesultanan  Melaka

Kincir air Kesultanan Melaka setinggi 13 meter ini dibina semula bagi mengembalikan nostalgia dan kepakaran teknologi pengairan pada zaman tersebut. Kincir air merupakan alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang.

 

  1. Rahsia Silam Runtuhan Kota Middleburg

 

Kota Middleburg merupakan sebuah kubu berusia ratusan tahun yang berperanan sebagai pusat utama masyarakat ketika itu bagi menjalankan aktiviti perdagangan di muara sungai. Ianya adalah sebuah menara kawalan atau rumah kubu yang dibina pada tahun 1660-an  bagi mengawal aktiviti perdagangan dan perkapalan yang sangat sibuk pada ketika itu. Kini ia dibina semula dengan menggunakan batu laterit dan dihiasi dengan lapan laras meriam yang merupakan simbolik pada zaman dahulu.

 

  1. Menginap Dan Makan Secara Ekslusif Di Hotel Casa Del Rio  

Hotel Casa del Rio menawarkan kepelbagaian penginapan classy dan elegan serta pengalaman makan dan minum yang menyeronokkan. Premis penginapan dengan gaya senibina Sepanyol ini terletak betul-betul di tebing Sungai Melaka. Ia menawarkan pelbagai pilihan menu sarapan pagi, menu makan tengahari yang cepat sedia, port lepak selepas waktu kerja dengan Saturday Night Barbecue Buffet yang boleh dipilih oleh para tetamu hotel mahupun para pengunjung yang datang secara walk-in.

 

16: Berhibur dan bersantai di Hard Rock Cafe Melaka

hard-rock-cafe-melaka hard-rock-cafe-melaka

Berhibur dan menjamu selera di Hard Rock Cafe Melaka dengan menikmati masakan asli dan muzik rock hits klasik. Sama ada anda sedang mencari baju klasik Hard Rock Melaka, atau hadiah yang sempurna untuk rakan sekerja dan orang tersayang anda.

Jadi, kepada anda yang rasa tak cukup masa nak explore dan jalan-jalan di Melaka, tak ada lagi alasan. Cubalah susuri Sungai Melaka dan lakukan aktiviti-aktiviti yang kami syorkan bagi mengisi masa percutian singkat anda tu. Jangan lupa juga untuk sama-sama kongsikan gambar-gambar menarik anda jika menyusuri Sungai Melaka atau jalan-jalan di sekitarnya ke instagram kami kerana kitakan #fabulousmelaka!

Teknik WhatsApp: Nak hantar WhatsApp Tapi Tak Nak Save Nombor Telefon !!!

Nombor yang tidak dikenali menghubungi anda dan anda ingin mengetahui sama ada mereka mempunyai WhatsApp?

Anda perlu menghantar mesej kepada seseorang tetapi anda tidak mahu menyimpannya sebagai kenalan?

Anda mahu memulakan chat dengan nombor telefon tadi ?

Sangat sesuai untuk para usahawan dan peniaga untuk menghubungi semula pelanggan anda tanpa simpan nombor tersebut sampai beribu-ribu dalam contact list.

Apa yang perlu anda buat cuma buka aplikasi dan masukkan nombor telefon tadi dan terus boleh Whatsapp.

Aplikasi ini menggunakan API awam Whatsapp untuk membuka ruang chat dengan mana-mana nombor yang anda masukkan walaupun nombor yang dimasukkan tidak disimpan didalam kenalan (contact list) anda.

Ini adalah aplikasi alat: mudah dan ringan. Tiada ciri tambahan, tiada saiz tambahan, PERCUMA, tiada iklan …

Saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh guna Apps ini.

Langkah 1: Cari kata kunci “Open in Whatsapp” di Google Play atau klik link dan install.

Langkah 2: Buka Apps “Open in Whatsapp”

Langkah 3: Masukkan nombor telefon yang dikehendaki dan buka (open). Apps ini akan membuka chat dengan nombor yang dimasukkan tadi.

Langkah 4: Chat la..ape lagik.

BONUS Tambahan:

Anda juga boleh layari http://whatsapp.indahkembara.com/ untuk hantar mesej dengan menggunakan aplikasi yang saya bangunkan di laman web saya. PERCUMA. Simpan sebagai shortcut di desktop atau telefon bimbit anda untuk guna.