rumah hang tuahPerkampungan Hang Tuah atau Hang Tuah Centre yang didirikan di kawasan seluas 40 hektar di Kampung Duyung, Melaka. Apa yang menariknya Hang Tuah Centre ni? Kampung Duyung dipercayai merupakan kampung asal dan tempat Hang Tuah bermastautin selain menjadi sebutan dalam hikayat lama seperti Lagenda Sungai Duyong.  Perkampungan ini diwujudkan dan dibangunkan semula bagi memelihara sejarah dan memasyurkan kembali nama laksamana terbilang ini di zaman kegemilangan  Kesultanan Melayu Melaka melalui pendekatan ”Muzium Hidup” yang turut melibatkan masyarakat setempat.

perigi hang tuah

Di sini, anda boleh lihat Perigi Hang Tuah yang bersejarah serta menikmati pemandangan perkampungan Melayu Tradisional yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Perkampungan ni menempatkan enam buah bangunan dengan senibina Melayu Melaka iaitu Pusat Hang Tuah yang dilengkapi informasi dan maklumat interaktif dan sejarah pahlawan tersebut, Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Kasturi dan Rumah Hang Jebat selain daripada rumah tradisional melayu, auditorium yang boleh menempatkan seramai 200 orang dalam satu-satu masa dan pentas kebudayaan.

gelanggang silat perkampungan hang tuah

Di sini juga turut dilengkapi gelanggang silat terbesar di dunia yang boleh menempatkan 3000 orang peserta pada satu-satu masa. Pemandangan di sini memang sangat cantik dan selalu jadi lokasi tumpuan para pelancong dan orang ramai untuk mengambil gambar. Selain itu, terdapat juga sebuah masjid dengan senibina lama untuk anda bersolat dan teroka. Sebelum masuk ke perkarangan Hang Tuah Centre, anda pasti akan terlihat sebuah bangunan kayu yang agar besar yang dikenali sebagai Balai Adat.

 

Balai Adat yang terletak di Perkampungan Hang Tuah, berhampiran Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong ni merupakan salah satu projek fasa pertama pembangunan pelancongan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Balai Adat ini siap pada tahun 2013 dan mempunyai dua buah dewan yang boleh digunakan untuk pelbagai penganjuran acara. Balai Adat beserta dua buah Rumah Tradisional Melayu telah diserahkan kepada Institut Seni Malaysia Melaka sebagai pengelola bangunan.

Balai Adat Perkampungan Hang Tuah

Antara acara yang pernah dianjurkan di dalam Balai Adat ni adalah Majlis Berbuka Puasa TYT Yang diPertua Negeri Melaka Bersama Penduduk Perkampungan Hang Tuah, Seminar dan Jamuan Kenduri Adat sempena Program Sireh Pulang ke Ganggang, Majlis Makan Malam Kembara Cuti-Cuti Malaysia Gaya Travel, Majlis Perasmian Bengkel Latihan (Gendang Warisan & Tarian) sempena cuti persekolahan penggal pertama, Bengkel Tarian bersama Belia ASEAN, Temasya Pantun Melayu Serumpun, Pertandingan Berbalas Pantun Rumpun Melayu dan Pertandingan Dondang Sayang serta banyak lagi.

 

Sama seperti bangunan-bangunan lain di Perkampungan Hang Tuah, Balai Adat yang kaya dengan kemegahan senibina tradisional ni berbentuk seperti sebuah balairong seri istana Melaka yang mewah dan dibina menggunakan kayu serta dihiasi motif ukiran melayu berkualiti tinggi.

 

Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di dalam suasana adat istiadat Melayu, Balai Adat juga boleh juga digunakan untuk acara majlis perkahwinan. Seorang artis Akademi Fantasia 9, Raqeeb juga pernah menggunakan Balai Adat ini didalam majlis pernikahan dan Majlis Malam Berinai yang penuh adat istiadat dan tradisi Negeri Melaka. Majlisnya pernah ditayangkan dalam rancangan berjudul Kerja Kahwin di Astro Prima yang telah dihoskan oleh Irma Hasmie. Selain itu, Balai Adat ni juga sesuai digunakan bagi anda yang ingin anjurkan pameran-pameran atau showcase serta memperkenalkan produk terkini.

Kepada anda yang berminat untuk mengadakan pelbagai majlis, terdapat banyak pakej yang ditawarkan di sini bermula serendah RM65 seorang untuk keseluruhan majlis termasuk persembahan kebudayaan termasuklah Pakej Majlis Makan Malam Beradat, Majlis Perkahwinan, Majlis Cukur Jambul, Bengkel Muzik dan Tarian serta sewaan tempat bagi menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti tandas lelaki, wanita dan tandas OKU, dua buah dewan, kedai cenderamata, kemudahan tempat letak kenderaan selain berdekatan dengan Perigi Hang Tuah dan surau serta masjid.

Selain itu, terdapat juga dua buah rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Hang Mahmud dan Rumah Dang Merdu. Nama bagi dua buah rumah ini diambil sempena nama ibu bapa Hang Tuah yang bakal beroperasi pada bulan September dengan acara pembukaan yang akan dijalankan pada 25 Ogos 2016 iaitu Bengkel Pelastarian Destar. Pelbagai pakej menarik yang akan diperkenalkan dan salah satunya adalah Sleeping Overnight in Hang Tuah Village yang mana pengunjung akan menginap di rumah berkenaan dan merasai suasana kampung asal Hang Tuah yang merupakan pahlawan lagenda Melaka pada zaman dahulu. Menarik kan?

Kedua-dua rumah ini juga boleh digunakan untuk majlis-majlis perkahwinan sekiranya ada tetamu yang ingin  meraikan perkahwinan mereka dengan konsep ala kampung dan tradisional. Di sini juga akan diadakan pelbagai bengkel yang berkaitan adat isitiadat Melayu seperti bengkel busana, bengkel sanggul lintang dan sebagainya yang bertujuan untuk menarik masyarakat melayu sekarang untuk terus memelihara dan mencintai nilai-nilai seni serta warisan budaya tradisional Melayu yang telah semakin dilupakan generasi sekarang supaya tak hilang ditelan zaman yang bersesuaian dengan falsafah Hang Tuah iaitu ’takkan Melayu hilang di dunia’.

Maka, pengekalan serta penganjuran bengkel sebegini mampu menarik penggiat-penggiat budaya dari dalam dan luar negara, malah dapat menjadikan Hang Tuah Centre serta Balai Adat sebgai tempat atau tapak pengukuhan adat budaya masyarakat Melayu disamping sebagai produk pelancongan yang berasaskan warisan budaya.

Kalau anda masih tercari-cari tempat untuk penganjuran majlis atau berminat nak menggunakan Balai Adat untuk menganjurkan acara-acara tertentu, jangan lupa untuk menghubungi Institut Seni Malaysia Melaka untuk maklumat lanjut. Jangan lupa untuk berkongsi gambar-gambar menarik anda kalau anda datang ke sini atau menghadiri acara-acara yang dianjurkan di Balai Adat ke instagram kami kerana kitakan #fabulousmelaka!

 

Untuk Pertanyaan Dan Tempahan, Sila Hubungi:

Tel : 06-2926340, 06-2860453

Alamat :

BALAI ADAT

Perkampungan Hang Tuah,

Kampung Duyong Melaka

D/A Institut Seni Malaysia Melaka

 

Cadangan pernginapan:

Kami mencadangkan anda menginap di INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka. Lokasi INDAH Kembara berada di tengah Bandar Melaka dan sangat berdekatan dengan lokasi TOP-SPOT pelancongan dan tempat makan di Melaka.
Pusat Pelancongan:
# 5 minit ke Bandar Hilir dimana terletaknya Kota A Famosa, Bandar Hilir, Melaka River Cruise, Jonker Walk, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Masjid Kg Hulu, Masjid Tengkera.
# 5 minit ke Klebang dimana terdapatnya Muzium Kapal Selam, Pantai Klebang, Dataran 1 Malaysia# 10 minit ke Pantai Puteri dan Makam Hang Tuah di Tanjung Kling# 20 minit ke Ayer Keroh untuk ke Zoo Melaka, Melaka Wonderland, Mini Malaysia, Taman Botanikal dan sebagainya.
Tempat Makan terdekat:
# 2 minit ke McDonalds, Starbucks, Restoren Mamak Tasik Limbongan, Kuih Keria Antarabangsa, Asam Pedas Claypot 3, Medan Selera Limbongan, Restoren Cina Muslim Mukmin, Restoren Cina Muslim Shirlin Low, Restoren Tom Yam Dyana, Capati Mahmud (semuanya berhadapan dan bersebelahan sahaja), Mee Bodo Tengkera, Mee Sup Tengkera, Roti John Barkat,
# 5 minit ke Coconut Shake Klebang, Yong Tau Foo Pulau Gadong, Rahman Sup Pulau Gadong,# 20 minit ke Ikan Bakar Muara Sungai Duyong dan Cristal Bay.# 30 minit ke Medan Ikan Bakar Alai.
Pakej untuk penginapan bagi seorang pelajar;

Asrama INDAH Kembara kapasiti 16 – 20 orang seunit
Sekolah Rendah dari RM 19.50 hingga RM 25.00
Sekolah Menengah dari RM 20.50 hingga RM25.00
Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari RM 22.50 hingga RM 30.00
Pakej Sarapan (packing) juga disediakan pada kadar RM 5.50 bagi setiap pelajar.
HARGA BOLEH DIRUNDING!!!

Rombongan Pelajar ke INDAH Kembara
Rombongan Pelajar yang menginap di INDAH Kembara
Untuk maklumat lanjut sila hubung kami;
Untuk tempahan sila hubungi En Khaziq melalui Whatsapp 019-8807388 untuk pertanyaan dan tempahan. Sila KLIK http://0198807388.wasap.my untuk terus WhatsApp.
Untuk tempahan Kumpulan atau Rombongan, sila hubungi Pn Hana melalui Whatsapp 013-2987378 untuk pertanyaan dan tempahan. Sila KLIK http://0132987378.wasap.my untuk terus WhatsApp.
Bagi penginapan keluarga untuk Apartment juga disediakan dengan harga yang berpatutan Kami menyediakan beberapa jenis penginapan lain yang selesa dan mesra untuk anda;

Apartment 3 Bilik INDAH Kembara
1. Apartment 3 Bilik INDAH Kembara
Apartment 3 Bilik (7- 10 orang) sebanyak 2 unit. dari RM 200 – RM 250++

Apartment Deluxe 2 bilik
2. Apartment 2 Bilik Indah Kembara
Apartment 2 Bilik (5-7 orang) – sebanyak 6 unit. dari RM 160 – RM 200++

Apartment Studio
3. Apartment Studio INDAH Kembara
Apartment Studio (4-6 orang) – 2 unit dari RM 140 – RM 170++
Gambar Kemudahan Penginapan di INDAH Kembara

Bilik Penginapan di INDAH Kembara

Ruang Tamu Apartment INDAH Kembara

Bilik Penginapan di INDAH Kembara

Homestay Limbongan
4. Homestay Melaka Limbongan Permai
4. Homestay (7-10 orang termasuk kanak-kanak) 3 bilik dengan lengkap penghawa dingin (aircond) dari RM 180 – RM 500++

Homestay Taman Pokok Mangga
4. Homestay Melaka Taman Pokok Mangga
2 Unit Rumah Homestay 3 bilik dengan 2 bilik aircond (7-10 orang termasuk kanak-kanak) – dari RM 180 – RM 250++
4. Homestay Melaka Masam2Manis, Lorong Pandan
2 Unit Banglo Homestay Bercirikan Rumah Melayu 4 bilik aircond (7-12 orang termasuk kanak-kanak) – dari RM 400 – RM 500++
Sila hubungi Pn Hana melalui Whatsapp 013-2987378 untuk pertanyaan dan tempahan.
Sila lawati:-
Email:
sales@indahkembara.com atau sales@worldheritage.com.my
INDAH KEMBARA APARTMENT & HOSTEL MELAKA
Diuruskan oleh:
World Heritage Management (MA0144454-P)
No 46, Jalan LJ 1, Taman Limbongan Jaya, 75200 Melaka