Saya ada mencari melalui google senarai kalendar untuk cuti persekolahan Malaysia bagi tahun 2018. Saya telah menjumpai beberapa laman web yang menyenaraikan maklumat cuti persekolahan. Namun begitu tiada satu laman web yang saya jumpa memasukkan jadual tersebut dalam format iCal atau Google Calendar untuk memudahkan kita merujuk kepada aplikasi kalendar kita. Oleh yang demikian, saya telah memasukkan senarai cuti persekolahan Malaysia bagi tahun 2018 dan telah saya sharekan dalam posting ini.

Berikut adalah tarikh cuti persekolahan untuk tahun 2018.

Sila klik link dibawah untuk subscribe Kalendar Cuti Persekolahan Malaysia untuk tahun 2018

Tarikh-tarikh musim cuti sekolah 2018 di bawah adalah dari laman web KPM, jadi ianya merupakan tarikh-tarikh rasmi. Anda boleh memeriksa kesemua tarikh dengan skrol ke bawah. Jangan lupa untuk melihat jadual yang betul, sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B.

Sila lawat moe.gov.my untuk pengumuman asal.
Pengumuman berikutnya oleh MOE untuk cuti perayaan boleh didapati di sini.

Tarikh cuti dan penggal persekolahan diumumkan oleh KPM adalah sama bagi semua sekolah di seluruh negara. Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa tarikh-tarikh ini berbeza bergantung kepada negeri atau kawasan yang anda diami. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dipecahkan kepada dua kumpulan negeri – Kumpulan A dan Kumpulan B.

Negeri-negeri Kumpulan A menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu). Manakala, negeri-negeri Kumpulan B menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu (semua negeri dan kawasan lain).

Kumpulan A

Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Cuti Sekolah Mula Akhir
Cuti Pertengahan Penggal 1 16.03.2018
(Jumaat)
24.03.2018
(Sabtu)
Cuti Pertengahan Tahun 08.06.2018
(Jumaat)
23.06.2018
(Sabtu)
Cuti Pertengahan Penggal 2 17.08.2018
(Jumaat)
25.08.2018
(Sabtu)
Cuti Akhir Tahun 23.11.2018
(Jumaat)
31.12.2018
(Isnin)

Kumpulan B

Sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Cuti Sekolah Mula Akhir
Cuti Pertengahan Penggal 1 17.03.2018
(Sabtu)
25.03.2018
(Ahad)
Cuti Pertengahan Tahun 09.06.2018
(Sabtu)
24.06.2018
(Ahad)
Cuti Pertengahan Penggal 2 18.08.2018
(Sabtu)
26.08.2018
(Ahad)
Cuti Akhir Tahun 24.11.2018
(Sabtu)
31.12.2018
(Isnin)