Mee Goreng Hassan Tengkera (Mee Bodo)
MELAKA: Viral di media sosial ternyata membawa rezeki ‘berlipat ganda’ kepada pemilik Mee Bodo Tengkera apabila pelanggan dari Kuala Lumpur, Singapura dan Indonesia sanggup bertandang ke Melaka semata-mata mahu menikmati mi goreng yang dikenali sebagai mi bodo atau mi lambung.
Mungkin namanya pelik dan lucu, namun itulah menu popular yang boleh ditemui jika anda bersarapan di sebuah warung tepi jalan menuju ke Pantai Klebang dekat Kampung Lapan, yang beroperasi dari jam 7.30 hingga 11.30 pagi.
Satu senario biasa yang berlaku pada waktu itu adalah banyak kereta akan dilihat diletakkan di bahu jalan, manakala beberapa pelanggan mi bodo akan beratur panjang sehingga ke jalan raya menunggu hidangan disiapkan.
Menariknya, kemuncak suasana itu yang bagaikan satu pesta makanan apabila pelanggan dilihat sibuk menikmati sarapan masing-masing dengan hidangan dihantar ke meja oleh pekerja warung mengikut giliran pelanggan.
Hasan Hamid, 59, yang mewarisi perniagaan itu daripada ibunya, Nyaros Abdullah sejak 1968 dengan dibantu isteri, Jemaah Isnin, 55, serta anak tunggal lelaki daripada tujuh beradik, Muhammad Firdaus, 30, tidak menang tangan melayan lebih 500 pelanggan sehari.
Beliau yang ditemui berkata, sejak mengambil alih perniagaan pada 1978, beliau masih mengekalkan bahan sama iaitu sambal tumis yang menjadi asas bagi semua masakan.
“Hampir setiap hari saya menggunakan kira-kira 40 kilogram mi dengan setiap hidangan dimasak berasaskan sambal tumis sama ada tumisan untuk mi goreng atau untuk menggoreng telur, selain berencahkan taugeh.
“Mi bodo ini adalah air tangan ibu saya dan sebelum ini dia sempat berpesan supaya tidak mengubah bahan dan sukatannya untuk mendapatkan rasa yang sama,” katanya yang kini mempunyai seramai 10 pekerja.
Untuk menikmati hidangan itu, pelanggan perlu beratur untuk mengambil telur goreng, sambal dan timun, sebelum mi goreng berkenaan dihidangkan selepas itu pada harga RM1.60 sepinggan.
Hasan berkata, tiada rahsia dalam resipi penyediaan mi goreng itu, sebaliknya ia cuma hidangan yang mudah iaitu mi dan taugeh saja.
“Bagi saya, untuk memberikan yang istimewa kepada pelanggan perlulah hidangan yang ‘segar’ dan lazat, termasuk hirisan timun yang membolehkan pelanggan menambah sendiri ketika berbaris mengambil telur goreng serta pilihan menambah kicap atau cuka,” katanya.
Menceritakan semula gelaran nama Mee Bodo Tengkera yang popular bukan saja di kalangan masyarakat setempat dan luar negeri, Hasan berkata, nama itu diilhamkan daripada seorang rakannya yang berkunjung ke warung itu, kira-kira 20 tahun lalu.
“Ketika itu mi goreng yang dijual tiada nama istimewa, sebelum seorang rakan membawa kenalan lain untuk menikmatinya (mi goreng) di warung saya seterusnya mendesak bertanyakan mengenai nama mi goreng ini, sebelum rakan berseloroh menyebut mi bodo.
“Ia kerana hidangannya yang sangat ringkas, mi dan taugeh yang membuatkan rakan berkenaan menggelarnya mi bodo. Saya tidak mengambil hati dengan gelaran itu, malah bersyukur kerana resipi hidangan air tangan ibu masih mendapat tempat di hati pelanggan,” katanya perniagaan berkenaan bakal diwarisi oleh anak lelakinya.
Pelancong, Cindy Winata, 40, dari Kalimantan, Indonesia, berkata dia pertama kali berkunjung ke warung itu selepas diperkenalkan sahabat, Sunny Chung, 58, yang berkongsi lokasi tempat makan menarik untuk dikunjungi di Melaka.
“Hidangan yang disediakan sangat ringkas, namun sedap kerana ia tidak terlalu masin dan tidak pula tawar, malah disediakan sambal tumis untuk menambah rasa,” katanya.
Pelanggan tetap, Fazli Abdullah, 43, berkata dia sudah menikmati hidangan itu sejak di bangku sekolah dan sebati untuk bersarapan di warung berkenaan hampir setiap hari.
“Rasa sambalnya lain, tidak terlalu pedas dan hidangan mi yang ringkas sesuai dinikmati sesiapa saja, terutama kanak-kanak.
“Pada masa sama, layanan yang diberikan juga pantas dan tidak perlu menunggu lama,” katanya.
Kakitangan kerajaan, Suhailah Jemaen, 30, pula berkata dia tidak kisah terpaksa beratur panjang asalkan dapat menikmati mi bodo yang menjadi sarapan wajib baginya setiap minggu.
“Saya suka makan di sini sebab mi goreng yang disediakan ringkas tapi sedap,” katanya.
INFO
Mee Bodo Tengkera:
- Warung tepi jalan menuju ke Pantai Klebang dekat Kampung Lapan.
- Beroperasi dari jam 7.30 hingga 11.30 pagi.
- Hidangan mudah mi dan taugeh.
- RM1.60 sepinggan.
- Setiap hidangan dimasak berasaskan sambal tumis sama ada tumisan untuk mi goreng atau untuk menggoreng telur.
Mencari Homestay yang berdekatan dengan Mee Hasan (Mee Bodo) Tengkera. Berikut adalah pilihan Homestay yang terdekat dan terbaik;Homestay Melaka Taman Limbongan Permai
Homestay Melaka Limbongan Permai terletak di Taman Limbongan Permai, Limbonga. Untuk yang tidak pasti di mana Taman Limbongan Permai, ianya terletak di Tengkera – Limbongan dan dekat dengan Mee Hassan (Mee Bodo dan Kuih Keria Limbongan. Selain itu, ianya cuma 10 minit dengan kereta ke bandar Melaka dan pelbagai tempat menarik untuk dilawati yang lain termasuklah A Famosa, Bangunan Merah, Musium Kapal, Klebang dan macam-macam lagi!
Boleh memuatkan sehingga 9 orang tetamu, Homestay Melaka Taman Pokok Mangga 3 juga adalah antara homestay popular ditempah pengunjung yang melawat Melaka.
Homestay besar 3 bilik semua berhawa dingin. Sangat selesa untuk 9 – 11 orang. Ruang tamu & parkir besar, Digital TV Freeview, dapur dan meja makan. Sesuai untuk keluarga.
Alamat: No 2, Jalan LP 8, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka
Harga : Dari RM 200 – RM 280 semalam
Bilangan Tetamu : 9 -11 orang termasuk kanak-kanak
Telefon & Whatsapp: 013-2987378
INDAH Kembara Homestay Melaka
Nak buat gathering ramai-ramai yang sangat dekat dengan kota dan tempah pelancongan ? Kami cadangkan anda cuba menginap di INDAH Kembara Homestay Melaka yang terletak di Taman Limbongan Jaya. Jika nak tau dimana, ia terletak di tengah-tengah diantara Bandar Melaka dan Klebang. Ia juga sangat dekat pusat pelancongan dan lokasi makanan viral.
Selain mempunyai swimming pool, homestay ini juga menawarkan BBQ, Bilik Seminar dan tempak letak kerata yang luas termasuk untuk bas. Jadi homestay ini sangat sesuai jika anda ingin mengadakan hari keluarga, kem motivasi, rombongan atau percutian hujung minggu bersama keluarga.
INDAH Kembarah Homestay Melaka mempunyai banyak jenis penginapan berhawa dingin antaranya 4 unit Homestay 3 Bilik, 6 unit Homestay 2 Bilik dan 2 unit Studio. mempunyai 2 buah asrama setiap satunya berkapasiti 16 – 18 orang berhawa dingin.
Jika anda bersama keluarga yang besar anda boleh mengambil beberapa unit homestay dengan kadar harga yang istimewa.
Jika anda membawa rombongan yang besar, janganlah risau kerana INDAH Kembara Homestay Melaka boleh menampung kapasiti penginapan sehingga 3 buah bas (120 orang).
Berikut adalah penginapan yang disediakan di INDAH Kembara Homestay Melaka;
Alamat: No 46, Jalan LJ1, Taman Limbongan Jaya, 75200 Klebang Melaka.
Telefon & Whatsapp: 019-8807388
Laman Web: www.indahkembara.com
Bilangan Tetamu :
Boleh di ‘ combine’ kan unit-unit homestay ini.
Homestay Studio : 4 -6 orang termasuk kanak-kanak (ada 2 unit)
Homestay Deluxe 2 Bilik: 5 – 6 orang termasuk kanak-kanak (ada 6 unit)
Homestay Premier 3 Bilik: 7 – 9 orang termasuk kanak-kanak (ada 4 unit)
Homestay Super Premier 5 Bilik: 13 – 15 orang termasuk kanak-kanak (ada 2 unit)
Asrama: 16 -20 orang (ada 2 unit)
Jangan lupa tempah melalui Whatsapp 0132987379.
Homestay Masam2Manis Melaka
Homestay Melaka Masam2Manis mempunyai 2 buah rumah banglo semi-D bersebelahan bercirikan rumah melaka yang terletak di Taman Pandan Jaya, Melaka. Untuk yang tidak pasti di mana Pandan Jaya, ianya terletak di Lorong Pandan dan dekat dengan Mee Hassan (Mee Bodo dan Kuih Keria Limbongan. Selain itu, ianya cuma 10 minit dengan kereta ke bandar Melaka dan pelbagai tempat menarik untuk dilawati yang lain termasuklah A Famosa, Bangunan Merah, Musium Kapal, Klebang dan macam-macam lagi!
Homestay besar 4 bilik berhawa dingin. Selesa untuk 9 – 14 orang. Ruang tamu & parkir besar, Astro, dapur dan meja makan. Sesuai untuk keluarga besar.
Kalau combinekan tempahan untuk 2 buah rumah membolehkan keluarga yang lebih besar menginap seramai 18 – 28 orang dewasa termasuk kanak-kanak.
Alamat: No 3, Jalan Pandan Jaya 1/17, Taman Pandan Jaya, Lorong Pandan, 75250 Melaka
Harga : Dari RM 350 – RM 400 semalam bagi sebuah rumah
Bilangan Tetamu : 9 -14 orang dewasa termasuk kanak-kanak (sebuah rumah)
18 – 28 orang dewasa termasuk kanak-kanak (2 buah rumah)
Telefon & Whatsapp: 013-2987378
Homestay Taman Pokok Mangga No. 1
Boleh memuatkan sehingga 9 orang tetamu, Homestay Melaka Taman Pokok Mangga 1 adalah antara homestay popular ditempah pengunjung yang melawat Melaka. Ruang laman yang luas dan ada Gazebo.
Homestay besar 3 bilik (2 berhawa dingin). Selesa untuk 9 – 11 orang. Ruang tamu & parkir besar, Astro, dapur dan meja makan. Sesuai untuk keluarga.
Alamat: No 1, Jalan Taman Pokok Mangga 23, Taman Pokok Mangga, 75250 Melaka
Harga : Dari RM 180 – RM 250 semalam
Bilangan Tetamu : 9 – 11 orang termasuk kanak-kanak
Telefon & Whatsapp:013-2987378
Homestay Taman Pokok Mangga No. 3
Homestay Melaka Taman Pokok Mangga No 3 terletak di Taman Pokok Mangga, Melaka dan bersebelahan dengan Homestay Melaka Taman Pokok Mangga No 1 . Untuk yang tidak pasti di mana Taman Taman Pokok Mangga, ianya terletak di Malim – Pokok Mangga dan dekat dengan Plaza Pandan Malim, Dewan Balairong dan Politeknik Kota Melaka. Selain itu, ianya cuma 10 minit dengan kereta ke bandar Melaka dan pelbagai tempat menarik untuk dilawati yang lain termasuklah A Famosa, Bangunan Merah, Muzium Kapal, Klebang dan macam-macam lagi!
Boleh memuatkan sehingga 9 orang tetamu, Homestay Melaka Taman Pokok Mangga 3 juga adalah antara homestay popular ditempah pengunjung yang melawat Melaka.
Homestay besar 3 bilik (2 berhawa dingin). Selesa untuk 9 – 11 orang. Ruang tamu & parkir besar, Astro, dapur dan meja makan. Sesuai untuk keluarga.
Kalau combinekan antara Homestay Melaka Taman Pokok Mangga No 1 dan Homestay Melaka Taman Pokok Mangga No 3 membolehkan keluarga yang lebih besar menginap seramai 18 – 22 orang termasuk kanak-kanak.
Alamat: No 1, Jalan Taman Pokok Mangga 23, Taman Pokok Mangga, 75250 Melaka
Harga : Dari RM 160 – RM 220 semalam
Bilangan Tetamu : 9 -11 orang termasuk kanak-kanak
Telefon & Whatsapp: 013-2987378