Saya ada mencari melalui google senarai kalendar untuk cuti persekolahan Malaysia bagi tahun 2018. Saya telah menjumpai beberapa laman web yang menyenaraikan maklumat cuti persekolahan. Namun begitu tiada satu laman web yang saya jumpa memasukkan jadual tersebut dalam format iCal atau Google Calendar untuk memudahkan kita merujuk kepada aplikasi kalendar kita. Oleh yang demikian, saya telah memasukkan senarai cuti persekolahan Malaysia bagi tahun 2018 dan telah saya sharekan dalam posting ini.
Berikut adalah tarikh cuti persekolahan untuk tahun 2018.
Sila klik link dibawah untuk subscribe Kalendar Cuti Persekolahan Malaysia untuk tahun 2018
Tarikh-tarikh musim cuti sekolah 2018 di bawah adalah dari laman web KPM, jadi ianya merupakan tarikh-tarikh rasmi. Anda boleh memeriksa kesemua tarikh dengan skrol ke bawah. Jangan lupa untuk melihat jadual yang betul, sama ada Kumpulan A atau Kumpulan B.
Sila lawat moe.gov.my untuk pengumuman asal.
Pengumuman berikutnya oleh MOE untuk cuti perayaan boleh didapati di sini.
Tarikh cuti dan penggal persekolahan diumumkan oleh KPM adalah sama bagi semua sekolah di seluruh negara. Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa tarikh-tarikh ini berbeza bergantung kepada negeri atau kawasan yang anda diami. Tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh KPM dipecahkan kepada dua kumpulan negeri – Kumpulan A dan Kumpulan B.
Negeri-negeri Kumpulan A menetapkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu). Manakala, negeri-negeri Kumpulan B menetapkan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu (semua negeri dan kawasan lain).
Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
| Cuti Sekolah | Mula | Akhir |
|---|---|---|
| Cuti Pertengahan Penggal 1 | 16.03.2018 (Jumaat) | 24.03.2018 (Sabtu) |
| Cuti Pertengahan Tahun | 08.06.2018 (Jumaat) | 23.06.2018 (Sabtu) |
| Cuti Pertengahan Penggal 2 | 17.08.2018 (Jumaat) | 25.08.2018 (Sabtu) |
| Cuti Akhir Tahun | 23.11.2018 (Jumaat) | 31.12.2018 (Isnin) |
Sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
| Cuti Sekolah | Mula | Akhir |
|---|---|---|
| Cuti Pertengahan Penggal 1 | 17.03.2018 (Sabtu) | 25.03.2018 (Ahad) |
| Cuti Pertengahan Tahun | 09.06.2018 (Sabtu) | 24.06.2018 (Ahad) |
| Cuti Pertengahan Penggal 2 | 18.08.2018 (Sabtu) | 26.08.2018 (Ahad) |
| Cuti Akhir Tahun | 24.11.2018 (Sabtu) | 31.12.2018 (Isnin) |
Homestay Masam2Manis Melaka - Private Swimming Pool2 unit Banglo Semi-D rekabentuk bercirikan Rumah Melayu Melaka.Sedia menerima tempahan Untuk tempahan penginapan… Read More
Homestay dengan private swimming pool. 3 bilik berhawa dingin selesa untuk 8 - 10 orang. Ruang tamu & parkir… Read More
HOME2STAY MELAKA TAMAN POKOK MANGGA NO 3 Pengunjung sekeluarga yang telah menginap amat berasa selesa berada di homestay kami. HOME2STAY… Read More
2 Unit Homestay besar 4 bilik berhawa dingin. Selesa untuk 9 - 14 orang. Ruang tamu & parkir besar, Astro,… Read More
INDAH Kembara Homestay Melaka Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Anda mencari Homestay di Melaka untuk keluarga sempena melancong dan menghabiskan masa… Read More
Terima kasih kepada Pn Sakinah Shaadin yang telah sudi share gambar group Pak Din's Family seramai 29 orang yang terdiri… Read More