Categories: News

Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil Limbongan Melaka

Sesiapa yang berkunjung ke Melaka, memang rugi jika tidak singgah di gerai Haji Jalil yang terletak di Limbongan untuk merasa sendiri kelazatan kuih kerianya. Gerai Haji Jalil ini memang sangat terkenal dan menjadi salah satu tempat wajib pergi di Melaka.

Makanan Enak yang Tidak Boleh dilepaskan

Kedai Haji Jalil menjual pelbagai juadah yang enak dan menyelerakan. Ada goreng pisang, goreng keledek, bidaran, ubi ketok, cekodok pisang, popiah goreng dan banyak lagi. Ada juga laksa penang limbongan dan bakso yang harus anda cuba jika berkunjung ke Haji Jalil. Dan semestinya menu utama iaitu kuih keria.

Kuih Keria Gula Melaka

Kuih Keria adalah menu utama di Haji Jalil dan ia dijual dengan harga RM.050 sebiji. Kuihnya agak besar dan gebu jadi tidak rugilah dengan harga begitu. Jika dilihat kuih keria Haji Jalil di berbeza dengan yang dijual dikedai-kedai lain kerana ia berkilat. Kalau anda nak tahu, ia disira dengan gula melaka dan bukannya gula biasa. Patutlah sedap!

Lokasi

Haji Jalil sudah hampir 40 tahun menjalankan  perniagaan kuih keria. Gambar dibawah menunjukkan premis lama kuih keria Hj Jalil.

Sekarang sudah berpindah ke premis baru bersebelahan dengan masjid limbongan.

Kedai Luas dan Selesa

Gerai Haji Jalil ini sangat luas dan selesa, ia boleh memuatkan hampir 100 orang pelanggan dalam satu masa. Jadi anda tidak perlu risau jika berkunjung ke gerai Haji Jalil ini.

Tumpuan Warga Sekitar dan Pelancong

Haji Jalil menjadi tumpuan utama bukan sahaja penduduk sekitar Limbongan malah malah dari pelancong luar. Ada yang sanggup datang ke Limbongan semata-mata untuk mendapat kuih keria terbaik dari ladang ini. Haji Jalil juga pernah menerima kunjungan dari TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob.

Alamat : Jalan Limbongan, 75200 Melaka

No. Tel : 012-6914026

melakatour

Recent Posts

Homestay Melaka Masam 2 Manis – Private Swimming Pool

Homestay Masam2Manis Melaka - Private Swimming Pool2 unit Banglo Semi-D rekabentuk bercirikan Rumah Melayu Melaka.Sedia menerima tempahan Untuk tempahan penginapan… Read More

3 years ago

HOMESTAY MELAKA TAMAN LIMBONGAN PERMAI dengan Kolam Renang, Lorong Pandan, Limbongan, Melaka

  Homestay dengan private swimming pool. 3 bilik berhawa dingin selesa untuk 8 - 10 orang. Ruang tamu & parkir… Read More

3 years ago

HOMESTAY MELAKA TAMAN POKOK MANGGA DENGAN KOLAM RENANG INTEX

HOME2STAY MELAKA TAMAN POKOK MANGGA NO 3 Pengunjung sekeluarga yang telah menginap amat berasa selesa berada  di homestay kami. HOME2STAY… Read More

3 years ago

HOMESTAY MELAKA MASAM2MANIS – bercirikan Rumah Melayu Melaka.

2 Unit Homestay besar 4 bilik berhawa dingin. Selesa untuk 9 - 14 orang. Ruang tamu & parkir besar, Astro,… Read More

6 years ago

Keluarga besar dan ramai? …Nak murah dan selesa? Mencari Homestay untuk bercuti di Melaka

INDAH Kembara Homestay Melaka Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Anda mencari Homestay di Melaka untuk keluarga sempena melancong dan menghabiskan masa… Read More

6 years ago

Pak Din’s Family Trip ke Melaka @ INDAH Kembara Homestay Melaka

Terima kasih kepada Pn Sakinah Shaadin yang telah sudi share gambar group Pak Din's Family seramai 29 orang yang terdiri… Read More

7 years ago

swimming-pool-kolam-renang-homestay-melaka-murah-indah-kembara-bandar-hilir-klebang-promosi

swimming-pool-kolam-renang-homestay-melaka-murah-indah-kembara-bandar-hilir-klebang-promosi