Rombongan-Pelajar-Melaka-INDAH-Kembara

Tips merancang rombongan lawatan sambil belajar pelajar dan download Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar

Setiap sekolah pasti ingin membawa para pelajarnya ke lawatan sambil belajar yang melibatkan rombongan di luar dari negeri seperti ke Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya.

Bagi guru yang tidak mempunyai pengalaman dalam merancang dan menyediakan kertas kerja rombongan pelajar. Disini disediakan format kertas kerja serta aturcara perjalanan ke tempat-tempat pelancongan dan tempat bersejarah di Melaka.

Jika para guru ada merancang untuk mengadakan rombongan pelajar, haruslah perancangan dibuat lebih awal lebih kurang 3 – 4 bulan sebelum tarikh rombongan diadakan.

Ini adalah kerana pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perhubungan, Jabatan Pelajaran Daerah / Negeri terlebih dahulu. Proses ini akan mengambil masa lebih kurang 1 atau 2 bulan untuk mendapat kelulusan.

Oleh itu, sebaiknya urusan penginapan dan pengankutan haruslah diuruskan terlebih dahulu. Dapatkan sebut harga penginapan, pengangkutan dan sebagainya terlebih dahulu.

Ini membolehkan pihak pengurusan sekolah mudah untuk membuat pertimbangan dan sokongan dan permohonan kepada pihak Jabatan.

Rombongan sekolah ke Melaka

Iklan sedikit; untuk Lawatan Rombongan sekolah di Melaka bolehlah menempah di penginapan paling popular di INDAH Kembara Homestay Melaka untuk rombongan sekolah iaitu dengan melayari Laman Facebook https://fb.com/INDAHKembaraMelaka atau layari website https://www.indahkembara.com

Apabila kelulusan daripada Jabatan diperolehi barulah pihak sekolah membuat bayaran deposit bagi pengesahkan tempahan penginapan dan pengangkutan.

Dibawah ini disediakan satu set kertas kerja yang boleh digunakan sebagai panduan untuk merancanga rombongan lawatan sambil belajar ke Melaka;

Format PDF boleh preview diatas atau download dokumen disini

Format Microsoft Word boleh preview dibawah atau download dokumen disini

Garis Panduan Lawatan Pendidikan Murid yang disediakan oleh Jabatan Pelajaran sebagai panduan seperti berikut;.

LAWATAN PENDIDIKAN  MURID BOLEH DIADAKAN :
1. PADA MASA CUTI PERSEKOLAHAN
2 PADA HARI PERSEKOLAHAN
  ( SPI 12/2000 & SPI 5/2002)
3 DENGAN MEMATUHI GARIS PANDUAN LAWATAN
   MURID – SPI 5/2007

 SURAT PEKELILING IKHTISAS 12/2000

LAWATAN PENDIDIKAN MURID PADAHARI PERSEKOLAHAN

  1. TUJUAN LAWATAN BERUNSUR PENDIDIKAN
  2. TEMPAT DILAWATI HENDAKLAH SESUAI DENGAN MINAT DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN SERTA SEIRING DENGAN HASRAT KPM UNTUK MEMUPUK MINAT MURID  DALAM SAINS & TEKNOLOGI .
  3. MASA LAWATAN SESUAI DENGAN TAKWIM AKADEMIK SEKOLAH
  4. KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN MURID MESTI DIBERI KEUTAMAAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS 12/2000

LAWATAN PENDIDIKAN MURID DI HARI PERSEKOLAHAN

KEMENTERIAN JUGA MENGGALAKKAN PENGLIBATAN IBU BAPA YG BERMINAT MENYERTAI LAWATAN UNTUK

MENINGKATKAN KEFAHAMAN / MEMANTAPKAN PERMUAFAKATAN DAN K/SAMA SEKOLAH, MURID, IBU BAPA

SURAT PEKELILING IKHTISAS 5/2002

LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN

LAWATAN PENDIDIKAN YANG BOLEH MEMBERI PENGUKUHAN KEPADA PROSES  PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN :

  1. LAWATAN PADA HARI PERSEKOLAHAN TIDAK MELEBIHI 2 KALI DALAM SETAHUN
  2. TIDAK MELEBIHI 4 HARI BERTURUT-TURUT TERMASUK HARI PERJALANAN
  3. MESTI DISEDIAKAN PERANCANGAN AKTIVITI         MURID SEBELUM / SEMASA / SELEPAS 

       LAWATAN

4     LAPORAN LAWATAN OLEH MURID HENDAKLAH    DIKAITKAN DENGAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH

5     SEKOLAH KURANG MURID DIGALAKKAN BERGABUNG LAWATAN DENGAN SEKOLAH LAIN UNTUK MENGELAK SEKOLAH SKM DITUTUP PADA HARI PERSEKOLAHAN

6  LAWATAN BOLEH DIBUAT KE TEMPAT  KATEGORI   BERIKUT;

  •    Sains & Teknologi / Alam Sekitar
  •    Mercu Tanda
  •    Galeri
  •    Kesenian dan Kebudayaan
  •    Sejarah

7  Tempat tempat lain yang dianggap sesuai   dengan matlamat P & P murid

SPI 5/2007
GARIS PANDUAN LAWATAN MURID  

SEBELUM AKTIVITI

  • Menyedia Kertas Cadangan & serah pada GB/pengetua utk kelulusan
  • Lantikan bertulis ketua rombongan & perbelanjaan kewangan
  • Surat kepada waris
  • Mesyuarat penyelarasan
  • Dapat kelulusan JPN – 5 Minggu sebelum
  • Tindakan selepas mendapat kelulusan
  • Tindakan jika aktiviti dibatal
  • Tindakan sebelum memulakan perjalanan

SEMASA AKTIVITI

  • Peraturan secara bertulis di baca & difahami
  • Dapatkan maklumat PK, BP,PPD,JPN yg hampir
  • Urusetia dimaklum jika ahli keluarga mahu jumpa
  • Peti kecemasan dibawa bersama sepanjang aktiviti
  • Pergerakan murid di awasi
  • Langkah keselamatan jika kenderaan rosak
  • Lawatan ke tempat tersenarai sahaja
  • Ada penyelamat bertauliah jika ada aktiviti di air
  • Catatan pergerakan dikemaskini dlm BUKU LOG
  • Makanan yang bersesuaian
  • Murid di ambil oleh penjaga bila pulang ATAU guru hantar ke rumah
  • Tindakan Ketua Rombongan
rombongan-sekolah-ke-tugu-a-famosa-melaka
Rombongan Sekolah ke Tugu A Famosa Melaka

    UTK DISERAH KEPADA GB / PENGETUA

  • – sediakan laporan lawatan secara bertulis 
  • – Sediakan laporan perbelanjaan
  •  Tindakan Murid
  • -Laporan Pengurusan Lawatan / Penilaian murid
  • -Laporan Lawatan – bertulis / gambar / b skrap

PROSEDUR LAWATAN SEKOLAH

  1. HANTAR 4 SALINAN BORANG LAWATAN ( TAMBAH 1 SALINAN BAGI SETIAP NEGERI  YG DILALUI
  2. JADUAL LAWATAN

        2.1  WAKTU BERTOLAK

  •       PALING AWAL JAM 5.00 PG – DESTINASI BIASA
  •        PALING AWAL 7.00 PG ATAU SELEWATNYA  JAM 3.00 PTG – DARI TANAH TINGGI

2.2 WAKTU TIBA

-TIDAK MELEBIHI JAM 12 MLM –    DESTINASI BIASA

-TIDAK MELEBIHI JAM 7 MLM – DESTINASI TANAH TINGGI

3. TULIS DENGAN LENGKAP ALAMAT PENGINAPAN.TIDAK BOLEH MENGINAP DI RUMAH PERSENDIRIAN/ TEMPAT IBADAT/DALAM BAS

  • HANYA LAWATAN BERUNSUR PENDIDIKAN DIBENAR PADA HARI PERSEKOLAHAN – SPI 5/2002
  • SATU KERTAS KERJA YANG LENGKAP  MESTI DIHANTAR BERSAMA SEMASA MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

     Mengandungi objektif,aktiviti sebelum,semasa dan selepas lawatan pendidikan

6 .AHLI ROMBONGAN

  1.      GURU MURID/PELAJAR/IBUBAPA/PENJAGA
  2.     W/B’MANAPUN  RESPONSIBILITY SEPENUHNYA MASIH PADA GURU
  3.      NISBAH :   10 MURID :  1 GURU
  4.     GURU LELAKI WAJIB ADA DALAM ROMBONGAN
  5.     JIKA MURID PEREMPUAN BERADA DALAM ROMBONGAN  GURU PEREMPUAM WAJIB ADA SAMA

7    PUNCA KEWANGAN

  • NYATAKAN DENGAN JELAS TERMASUK  PUNGUTAN DARI GURU
  • SEMUA AHLI ROMBONGAN HENDAKLAH MEMBAYAR  KOS LAWATAN  

SEMUA PERMOHONAN LAWATAN PENDIDIKAN HENDAKLAH MENDAPAT KELULUSAN JPNP TERLEBIH DAHULU KECUALI LAWATAN  DALAM DAERAH SENDIRI PERLU MENDAPAT KELULUSAN PPD MASING MASING SAHAJA

rombongan-sekolah-melaka-masjid-selat
Rombongan sekolah ke Masjid Selat Melaka

CARTA ALIRAN PERMOHONAN

DALAM DAERAH SENDIRI

SEKOLAH  >> Hantar Borang Permohonan  >>   Dalam 4 Salinan  >>>  PPD

KELUAR DAERAH / KELUAR NEGERI

SEKOLAH  >>> Hantar Borang Permohonan  >>> Dalam 4 Salinan( Tambah 1 bagi setiap negeri yang dilalui) >>> JPNP

KELUAR NEGARA

SEKOLAH >>> Hantar Borang Permohonan  >>> Dalam 5 Salinan  >>>  JPNP >>> BAHAGIAN SEKOLAH KPM

FORMAT KERTAS CADANGAN
( SERAH KPD GB/PENGETUA DAN 1 SALINAN KE JPNP )

1    TAJUK

2    OBJEKTIF

  • TEMPAT TEMPAT LAWATAN
  • KADAR KUTIPAN DAN JUMLAH
  • SENARAI NAMA MURID
  • SENARAI NAMA GURU
  • NAMA KETUA ROMBONGAN

        Kertas Cadangan ini mesti terlebih dahulu mendapat 

     kelulusan GB / Pengetua

BORANG PENILAIAN MURID

  • NAMA MURID
  • KETUA ROMBONGAN
  • TARIKH LAWATAN
  • TEMPAT DILAWATI
  • Tanda _/ dalam ruangan disediakan

MAKLUM BALAS
LAWATAN PELAJAR

  • NAMA SEKOLAH
  • ALAMAT
  • FAX / E-MAIL
  • KATEGORI SEKOLAH  :   BANDAR (  ) LUAR BANDAR (  )
  • TEMPAT LAWATAN
  • TARIKH LAWATAN
  • BILANGAN PESERTA
  • BILANGAN GURU PENGIRING
  • CATATAN / ULASAN : ———————————————–        

Maklum balas ini hendaklah dihantar ke UPP 7 tidak lewat 7 hari selepas lawatan

Powerpoint Prosedur Lawatan Pendidikan boleh dimuat turun dibawah;

5/5 - (1 vote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *